Tuesday 3 April 2012

membaca kenangan~

Assalamualikum...(^^,)
entry saat ini sekadar mengisi masa lapang yang terbuang..:p mahu berkongsi tentang rasa hati...
terbaca di  fb tadi " jangan berkongsi rahsia hati dengan semua orang kerana kita akan lebih terluka apabila mereka tidak memahami"...just nice...berdasarkn entry sebelum nie..keadaan sudah semakin pulih..hari2 yg dilalui sudah mula di tabur baja...namun masih lagi hati ini tidak mahu "duduk" diam2..kadang - kadang "hati" ini pergi berjalan tidak pulang2...
masih perlukan sedikit kekuatan dari DIA.. 
dan dari dia...:)
beberapa hari lagi genap setahun sebulan..melalui pahit getir perhubungan mngenali masam manis persahabatan perit jerih kasih sayang rindu dendam sbuah percintaan....3 bulan yang lalu tempat aku di hatinya mungkin berkonsi dgn "insan" lain... saat ini aku juga masih belum pasti siapa yg memiliki..cinta sejati hanya ada tempat untuk dua orang tidak ada bagi yang ketiga. muktamad. :) bagi seorang suami. di hatinya hanya ada ummi dan isteri. aku mampu beralah kalau yang rindukan dia itu ummi yang membesarkanya..yang  saban waktu menghubunginya itu wanita yang mengasuh dan melahirkanya..wanita yang sentiasa memberi nasihat itu wanita yang dalam sujud2nya mendoakan kesejahteraan untuk anaknya..bukan setakat mengalah malah aku sanggup untuk tidak berjuang andai bukan aku pilihan hati ibunya. 
tapi bukan wanita yang mula berkenalan di fb..kemudian merindui hanya pada nota2 di inbox..mencintai hanya pada gmbr2 di profile..
tamat.
mengenali dia setahun yang lalu sgt  manis..hinggakan mampu menitiskan air mata jika mengenangnya kembali...:) manis..(^^,) x pernah terdetik sesaat pun dihati ini menyesali perkenalan yang berlaku. bagi sesetengah individu..selepas dikhianati..mungkin hati seolah mati, dan ya! itu yang aku rasakan. tapi bagaimana aku melalui saat menggapainya dalam realiti begitu jugalah aku berjuang utk berada disisi..pertemuan pertama berbaju polkadot pink..:p dan dia  tak dapat  nak bukak pintu kereta.. menggeletar atau kata lainya nerveous. ;)
manis..setahun yang lalu..
pernah ketika dia ke bali menunaikan tugas kepada negara :) seminggu..no more msg..no more call.. it' really2 hurt..:'( setiap saat msg dikirim..even aku tahu msg tersebut tidak akan di balas kerana jarak dan talian...dalam tempoh seminggu..apa yang terlintas terus aku taip.." abie tadi kan kat kedai ade org muka mcm abie..:) "...abie nk tahu x sejak abie xde..ain dh pndai tido awal..:'( " abie..bila abie nak balik.." abie malam ni bola kelantan lawan.. wlw ain x suka tgk bola..tp ini je yang ade..bila ain rendu abie..." abie.." abie.." semua abie.." tapi xde satu msg pun yang dibalas selama seminggu. dia baca atau tidak..terpulang!. yang penting aku rendu. 
setahun yang lalu... dan sekarang aku disini. sedang menaip..membaca sebuah kenangan..
Apabila dirimu benar - benar ikhlas mencintai seseorang bermohonlah pada ALLAH agar hatinya akan kamu miliki..jangan sesekali kamu merayu pada si dia..mungkin bicaranya  akan membuat kamu terluka. namun jika kamu memohon pada ALLAH dua kemungkinan sedia menanti...kamu memiliki hatinya atau yang lebih baik datang menjemput..:) Doa itu wireless...coveragenya di mana - mana..Talian-Nya tidak pernah sibuk walaw seketika..:) 

No comments:

Post a Comment