Thursday 31 May 2012

Ditikam Kenangan.


Assalamualaikum.
sedang mengharungi sebuah kesakitan kerana ditikam bertubi - tubi oleh kenangan. sakit ya tuan2 puan2 sekalian....entry kali ni nk menceritakan bahawa betapa susahnya kita hendak memujuk hati dari memujuk  kerenah orang lain. hati merupakan organ yang kecil yang bertindak mengambarkan rasa dan perasaan kita terhadap ape yang berlaku. hati yang juga bekerjasama dengan otak akan menguatkan lagi sesuatau kejadian apabila perasaan dan memori yang dirakam oleh mata bersatu menjadi satu filem yang di panggil " kenangan". apabila siap terakam dan di simpan di dalam cip memori minda bersama sedikit sentuhan reaksi hati perkara ini menyebabkan filem atau kenangan tersebut terlekat kuat di dalam kotak ingatan dan mengambil masa yang panjang untuk di delete dari fail simpanan. pengulangan tayangan "filem" tersebut di dalam kotak ingatan secara berulang kali menyebabkan kesakitan yang berpanjangan di rasakan oleh peasakit. sekaligus mengulangi luka yang terobek yang telah sedia ada.


begitulah dengan apa yang aku rasakan sekarang. terduduk di satu sudut aku masih tercari cari suis untuk aku melupakan segala yang terjadi...damn! it's still remaind on my mind. it's too hurt bila setiap kali bnda ini terbayang di mata kita. kecewa. sedih. duka. semua secukup rasa. masih tertanya - tanya kesudahan cerita hati ini...masih jauh perjalanan yang perlu diharungi...masih banyak liku yang menanti..bimbang hati mati sebelum sampai ke destinasi. aku jujur aku masih belum mampu melupakan walaw sedetik yang berlaku. masih kuat rasa sakit di hati ini. masih kuat rasa luka di jiwa ini... masih terngiangan saat kejadian berlaku di hadapan mata ini. semuanya masih baru seperti berlaku semalam. walaw genap 3 bulan berlalu..semuanya aku rasa masih baru. rasa dan bau "kesakitan & kekecewaan" itu masih segar. aku tahu kamu letih melayan setiap kerenah aku. aku tahu kamu kecewa setiap kali aku mengungkit..tapi aku sakit. aku sakit bila filem itu terbayang di mata. hanya aku sendiri yang tahu betapa dasyatnya malam- malam yang aku lalui saat teringat segalanya...betapa aku meraung meminta di lupakan segala kesakitan... hanya aku yang tahu. aku yang yang tahu. 


saat aku tertunduk bisu. kamu tidak pernah hadir untuk membuat aku faham segala apa yang berlaku. kamu pandai mengakui tapi kamu x pernak nk mengerti. kamu x pernah nk menyelami. kamu hanya berharap aku mampu melupakan dan kamu tidak pernah kelihatan bersalah. aku bukan malaikat,. kepercayaan umpama sebuah pemadan semakin kerap di guna semakin kecil nilai sebuah kepercayaan. kalau masa boleh diputar kembali aku hanya mahu diri aku dan hati aku di pulangkan kembali. kalau waktu boleh berulang aku tidak mahu mengenali. sampai saat ini aku masih tertanya apa yang aku lakukan kepada kamu hingga begini aku dapat balasan. alasan kuat merajuk yang kamu berikan berulang kali..membuatkan aku terfikir salah aku merajuk dengan teman sendiri, salah aku inginkan perhatian, salah aku inginkan pujukkan. salah? satu kesalahan besar? perlu aku meminta daripada lelaki - lelaki lain.. begitu baru betul? 


dan sekarang... saat ini...kamu masih sentiasa ada di sisi... aku tahu kamu lelah melayan kerenah... kamu tetap bersabar..tapi aku mahu kamu tahu aku masih berharap suatu hari nanti aku mampu melupakan sepenuhnya agar aku mampu tersenyum seikhlas hati... terima kasih kerana sentiasa ada di hati..kerana sentiasa menemani..kerana sentiasa cuba memahami...aku masih sakit. sakit di tikam kenangan... aku akan berusaha sedaya upaya melupakan..sebagaimana kamu berusaha sedaya upaya memujuk aku.. semoga perjalanan yang berliku ini akan dapa di lalui. bukan aku yang layak menghukum kamu..bukan aku yang layak menilai kamu...tugas aku hanya memaafkan dan melupakan. selebihnya biar tuhan tentukan. aku belum cukup sempurna untuk mempersoalkan. banyak baik kamu yang lebih indah untuk dikenang,... banyak kasih sayang kamu limpahkan untuk aku..banyak masa dan pengorbanan yang kemu berikan untuk aku...terlalu banyak yang lebih baik untuk aku kamu berikan...cukupla yang baik - baik menjadi ingatan...dan yang pahit biarlah di telan langit malam. :) belum tentu aku akan dapat mencari pengganti mu..kerana tidak semua orang itu sama.

lastly...
Mr. I.... I love You so much.
(^_^,)